Ads 468x60px

Teori Egoisme

Teori Egoisme

Pengenalan

Egoisme bermaksud bahawa sesuatu tindakan adalah betul dengan melihat kepada kesan tindakan kepada individu. lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri. Terma “egoisme” berasal dari perkataan “ego”, perkataan Latin untuk “aku” dalam Bahasa Malaysia. Egoisme perlu dibezakan dengan egotisme yang bermaksud penilaian berlebihan psikologi terhadap kepentingan sendiri atau aktiviti sendiri. Teori ini adalah bersifat individualistik.

Contoh tindakan egoisme:

A. Seseorang memilih untuk membelanjakan sejumlah wangnya untuk diri sendiri daripada menderma kepada tabung kebajikan

B. Dalam situasi kebakaran kita memilih untuk tidak menyelamatkan mangsa kebakaran kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa sendiri.

C. Kita memilih untuk tidak menolong orang buta melintas jalan kerana ingin sampai ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan.

Pada contoh – contoh diatas menunjukkan kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan orang lain. lnilah konsep yang menerangkan teori egoisme di mana matlamat setiap orang adalah semata-mata untuk mencapai hasrat yang dihajati oleh diri sendiri

Kategori egoism

Terdapat dua kategori utama Egoisme iaitu Psychological Egoism dan Ethical Egoism.

(a) Egoisme Secara Psikologi

Psychological Egoism berpandangan bahawa setiap ormg sentiasa didorong oleh tindakan untuk kepentingan diri. lanya juga mendakwa bahawa manusia sentiasa melakukan perkara-perkara yang dapat memuaskan hati mereka ataupun yang mempunyai kepentingan peribadi. Teori ini menerangkan bahawa tidak kira apa alasan yang diberikan oleh seseorang, individu sebenarnya bertindak sedemikian sematamata untuk memenuhi hasrat peribadi. Sekiranya pandangan ini benar maka keseluruhan prinsip etika adalah tidak berguna lagi.

Penyokong teori ini berpendapat bahawa setiap orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti menjalankan aktiviti persaingan secara adil, menjaga kebajikan masyarakat ataupun yang mengambil risiko untuk menyelamatkan orang lain sebenarnya mempunyai tujuan untuk mempromosikan dirinya sendiri. Teori ini menafikan wujudnya nilai moral altruistic iaitu sikap suka menolong dan mengutamakan kepentingan diri insan lain lebih dari kepentingan diri sendiri.Dalam konteks perniagaan masa kini terdapat banyak firma-firma perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan tujuan untuk meningkatkan imej korporat yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan keuntungan. Psychological egoism adalah berkaitan dengan motivasi individu untuk mencapai sesuatu matlamat.

(b) Egoisme Etikal

Ethical Egoism menegaskan bahawa kita tidak harus mengabaikan secara mutlak kepentingan orang lain tetapi kita patut mempertimbangkannya apabila tindakan itu secara langsung akan membawa kebaikan kepada diri sendiri. Ethical Egoism adalah berbeza dengan prinsip-prinsip moral seperti sentiasa bersikap jujur, amanah dan bercakap benar. la kerana tindakan tersebut didorong oleh nilai-nilai luhur yang sedia ada dalam diri manakala dalam konteks ethical egoism pula sesuatu tindakan adalah didorong oleh kepentingan peribadi. Misalnya, seseorang individu yang memohon pinjaman akan memaklumkan kepada pegawai bank tentang kesilapan pihak bank bukan atas dasar tanggungjawab tetapi kerana beliau mempunyai kepentingan diri.

 Kategori etikal

i. Individual
- melakukan perkara berfaedah untuk kepentingan diri.

ii. Personal
- tindakan yang perlu dilakukan untuk kepentingan seseorang

iii. Universal
-semua orang perlu bertindak pada jalan berfaedah untuk diri sendiri

Contoh etikal egoisme

1. Menyelamatkan mangsa lemas – walaupun perkara ini adalah membahayakan diri sendiri namun demikian ganjaran dalam bentuk wang atau penghormatan dalam memotivasikan individu dalam melaksanakan perkara tersebut.

2. Pergi ke luar negara untuk membantu mangsa peperangan – walaupun perlu mengorbankan masa dan tenaga namun oleh kerana ganjaran dan tajaan yang disediakan oleh pihak tertentu maka seseorang dapat melaksanakan perkara ini.

Etikal egoisme menyusun perkara yang menjadi keutamaan kepada diri sendiri. Walaupun perlu melakukan sesuatu namun oleh keuntungan yang diterima adalah lebih daripada itu.

Kelemahan Teori Egoisme

- Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.
- Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesuatu tindakan
- Merosakkan hubungan dan nilai murni yang tidak dapat diterapkan.
- Nilai masyarakat tidak dapat dipupuk.
- Melahirkan individu yang pentingkan diri.

Kekuatan Teori Egoisme

- Egoisme dapat membantu dalam mencapai matlamat kendiri.
- Egoisme juga membantu sesuatu tanpa bantuan orang lain.
- Kepuasan kendiri dapat dicapai.
- Membantu dalam membina keyakinan dan prinsip kendiri yang kuat.

1 comments:

  1. hello nak tanya maklumat teori egoisme ini dapat dari buku mana??saya mengalami kesukaran dalam mencari buku tentang egoisme ini,,boleh tahu buku apa yang digunakan untuk rujukan??

    ReplyDelete