Ads 468x60px

Ringkasan Teori Utilitarianisme

RINGKASAN TOPIK

Teori Utilitarianisme merupakan salah satu aliran pemikiran di bawah Teori Etika Teleologi. Teori ini telah diperkenalkan oleh dua orang ahli falsafah Inggeris iaitu :
  • Jeremy Bentham – dari tahun 1748 -1832
  • John Stuart Mill – dari tahun 1806-1832
Teori Utilitarianisme merupakan satu doktrin moral yang mengkehendaki manusia  supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak.
Jeremy Bentham menggunakan kaedah pengiraan kuantitatif yang dikenali sebagai Hedonistic Calculus yang bermaksud kesenangan dalam istilah Yunani. Menurut kaedah ini, kesenangan (pleasure) dan kesakitan (pain) setiap individu akan dicampur untuk mendapatkan jumlah keseluruhan kesenangan dan kesakitan.

HEDONISTIC CALCULUS = kesenangan  + kesakitan

     Menurut Bentham, terdapat 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokan yang memberi skala di antara -10 hingga +10. Berikut adalah 7 elemen yang dikenalpasti oleh Bentham :

  INTENSITI – Bermakna kedalaman. Sejauh manakah dalamnya kesan pengalaman terhadap seseorang.
  JANGKA MASA – Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir?
  KEPASTIAN – Adakah anda pasti sama ada anda mengalami keseronokan atau kesengsaraan akibat sesuatu yang berlaku.
  KESEGERAAN – Kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya.
  KESEDARAN – Apakah kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa akan datang?
  KEBERKESANAN – Apakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada masa hadapan ? Contohnya mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau.
  HAD ATAU BATASAN – Berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan dicetuskan dalam hidup orang lain?

Perbandingan selepas pengiraan akan menentukan bahawa sesuatu tindakan itu baik atau buruk. Sekiranya  jumlah kesenangan mengatasi jumlah kesakitan, ini bermakna tindakan tersebut adalah baik dari segi moral serta ianya boleh dilaksanakan. Namun, jika skor kesengsaraan melebihi keseronokan, maka perbuatan tersebut dianggap salah dan tidak beretika.
Walaubagaimanapun, kaedah yang diperkenalkan oleh Bentham ini mendapat kritikan daripada ahli falsafah yang lain pada zaman itu. Antara kelemahan Kalkulus Hedonistic Bentham ialah :


  •  Intensiti atau darjah keseronokan adalah bersifat subjektif kerana perasaan individu adalah                   berbeza-beza.
  •  Kualiti keseronokan seseorang adalah tidak sama.
  •  Mengukur kualiti keseronokan dan kesakitan  amat sukar pada masa yang berbeza dengan                  pengalaman yang berbeza.
Oleh kerana terdapat kritikan terhadap Teori Bentham, John Stuart Mill (1863) memperkenalkan konsep Utilitarianisme. Prinsip utiliti yang diperkenalkan oleh Mill adalah dengan menilai sesuatu tindakan itu sebagai beretika apabila tindakan itu membawa keseronokan dan kegembiraan, tetapi sesuatu tindakan itu adalah salah dan tidak bermoral sekiranya ia memberi kesan yang negatif. Konsep utilitarian yang diperkenalkan oleh Mill ini menyatakan bahawa peringkat kesenangan adalah berbeza-beza mengikut individu.

PRINSIP –PRINSIP UTILITARIANISME

Teori klasik Utilitarian boleh dibahagikan kepada empat prinsip seperti berikut :

  •   Consequentalisme – Prinsip ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan yang betul ditentukan oleh kesan.
  •   Hedonisme – Prinsip ini bermakna kesenangan tanpa kesakitan atau penderitaan. Prinsip Hedonisme menyatakan bahawa kesenangan adalah satu-satunya asas kepada kebaikan.
  •   Maxilisme – Prinsip ini menekankan bahawa tindakan yang betul adalah tindakan yang memberi kesan positif lebih banyak berbanding kesan negative.
  •   Universalisme – Prinsip ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu haruslah mengambil kira kesannya ke atas setiap individu dan masyarakat.

JENIS-JENIS TEORI UTILITARIANISME

Teori Utilitarianisme boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut :

Act Utilitarianisme
Teori ini merupakan teori yang berada pada peringkat paling rendah. Teori ini merekodkan kesan sesuatu perbuatan  sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes.
Hedonistic Utilitarianisme
Teori ini pula mengambilkira  kegembiraan kesan daripada suatu tindakan yang dianggap bermoral.

Secara kesimpulannya, Teori Utilitarianisme ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan yang diambil atau dilaksanakan haruslah memberi kesan yang positif kepada semua pihak atau untuk bilangan orang yang paling ramai.

1 comments: