Ads 468x60px

Ringkasan Teori Egoisme

Definasi:

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah “betul” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri.

Egoisme boleh dibahagikan kepada dua kategori:

1.Egoisme Psikologi 
  •  satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang tindakan. 
  • manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian. 
 2.Egoisme Etika -
  • Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak. 
  • Ia di takrifkan sebagai teori yang menganggap nilai baik itu menguntungkan diri sendiri. Setiap orang patut bertindak demi kepentingan orang lain tetapi memenuhi kepentingannya. - 
  • egoisme etika terbahagi kepada 3 katogari iaitu 
    • i. Individual- setiap orang patut bertindak utk kepentingan sendiri 
    • ii. Personal - bertindak untuk kepentingan diri, tapi tidak berhak 
    • iii. Universal- setiap orang patut bertindak demi kepentingan orang lain tetapi memenuhi kepentingannya

Uji Kefahaman

Ringkasan Teori Utilitarianisme

RINGKASAN TOPIK

Teori Utilitarianisme merupakan salah satu aliran pemikiran di bawah Teori Etika Teleologi. Teori ini telah diperkenalkan oleh dua orang ahli falsafah Inggeris iaitu :
  • Jeremy Bentham – dari tahun 1748 -1832
  • John Stuart Mill – dari tahun 1806-1832
Teori Utilitarianisme merupakan satu doktrin moral yang mengkehendaki manusia  supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak.
Jeremy Bentham menggunakan kaedah pengiraan kuantitatif yang dikenali sebagai Hedonistic Calculus yang bermaksud kesenangan dalam istilah Yunani. Menurut kaedah ini, kesenangan (pleasure) dan kesakitan (pain) setiap individu akan dicampur untuk mendapatkan jumlah keseluruhan kesenangan dan kesakitan.

HEDONISTIC CALCULUS = kesenangan  + kesakitan

Teori Egoisme

Teori Egoisme

Pengenalan

Egoisme bermaksud bahawa sesuatu tindakan adalah betul dengan melihat kepada kesan tindakan kepada individu. lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri. Terma “egoisme” berasal dari perkataan “ego”, perkataan Latin untuk “aku” dalam Bahasa Malaysia. Egoisme perlu dibezakan dengan egotisme yang bermaksud penilaian berlebihan psikologi terhadap kepentingan sendiri atau aktiviti sendiri. Teori ini adalah bersifat individualistik.

Contoh tindakan egoisme:

A. Seseorang memilih untuk membelanjakan sejumlah wangnya untuk diri sendiri daripada menderma kepada tabung kebajikan

B. Dalam situasi kebakaran kita memilih untuk tidak menyelamatkan mangsa kebakaran kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa sendiri.

C. Kita memilih untuk tidak menolong orang buta melintas jalan kerana ingin sampai ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan.

Pada contoh – contoh diatas menunjukkan kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan orang lain. lnilah konsep yang menerangkan teori egoisme di mana matlamat setiap orang adalah semata-mata untuk mencapai hasrat yang dihajati oleh diri sendiri

Teori Utilitarianisme

PENGENALAN. 


     Teori utilitarisme adalah merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud “bermanfaat” .Menurut teori utilitarisme ini,suatu perbuatan adalah baik jika perkara tersebut membawa manfaat,berfaedah atau berguna. 
      Teori utilitarisme juga disebut juga sebagai satu teori teleogis yang diambil daripada perkataan yunani iaitu teleos yang membawa maksud “tujuan”. Menurut teori ini kualiti sesebuah perbuatan adalah diperoleh dengan tercapainya perbuatan yang ingin dilakukan. 
        Teori utilitarisme juga berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada semua orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insane yang paling ramai.Teori utilitarisme juga merupakan satu aliran atau dimensi di bawah teori etika teleological yang juga dikenali sebagai consequentialism.Ia juga adalah merupakan doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. 

PENGASAS DI DALAM TEORI UTILITARISME. 



     Tokoh yang terlibat di dalam mengasaskan teori ini adalah Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).Jeremy Bentham telah merumuskan teori utilitarisme sebagai “ The greatest happiness for the greatest number”.Teori utilitarisme menurut Bentham haruslah berkisar kepada kehidupan politik dan juga perundangan.selain daripada itu,Bentham turut menyatakan kehidupan manusia adalah ditentukan oleh dua ketentuan dasar iaitu nikmat dan perasaan sakit. 
    Bentham juga mengenal pasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokan dalam mencipta kalkulus hendonistik Bentham yang memberikan skala antara -10 dan + 10 .Elemen yang telah diketengahkan oleh Bentham ialah : 

1) Intensiti.
2) Jangka masa
3) Kepastian
4) Kesegeraan
5) Kesedaran
6) keberkesanan
7) Had atau batasan

• Intensiti bermaksud kedalaman iaitu sejauhmananakah kedalaman kesan pengalaman terhadap seseorang
• Jangka masa ialah berapa lamakah kadar keseronokan dan juga kadar kesengsaraan akan berakhir.
• Kepastian adalah merupakan kepastian yang didapati daripada keseronokan atau kesengsaraan akibat daripada sesuatu perkara yang telah berlaku.
• Kesegeraan ialah kepantasan seseoarang individu mengalami rasa keseronokan dan juga rasa kesengsaraan.
• Kesedaran adalah merupakan kemungkinan yang berlaku pada seseorang individu apabila mengalami keseronokan pada masa akan datang.
• Keberkesanan adalah merupakan kemungkina seseorang individu akan mengalami kesengsaraan pada masa hadapan,sebagai contohnya mansa yang yang mengalami kemalangan akan merasa takut dan juga risau
• Had atau batasan pula adalah merupakan kadar keseronokan dan juga kesengsaraan yang diterima oleh seseorang individu yang dicetuskan oleh individu yang lain.


Pengenalan

  • Teori ini dikemukakan oleh pengasas Jeremy Benthan (1784 – 1832) dan Stuart Mill (1806-1873).
  • Teori teleologi merupakan suatu aliran yang juga dikenali sebagai consequentalism.
  • Telos” berasal dari perkataan Yunani yang merujuk kepada akhir manakala perkataan Greek pula, “Telos” bermaksud kesudahan atau keputusan.
  • Melalui teori ini, pengasas menyatakan sesuatu tindakan yang betul ditentukan oleh jumlah kesan baik yang dapat dihasilkan daripada tindakan tersebut.
  • Teori ini menunjukkan kebaikan atau kejahatan seseorang ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Sesuatu tindakan yang dipamerkan oleh seseorang dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan.
  • Dua teori penting teleologi yang terkenal dan sering digunakan sebagai asas membuat keputusan adalah Teori Utilitarianisme dan Teori Egonisme.